Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Kompetensi Digital Pendidik. Modul ini dirancang khusus untuk para pendidik yang ingin meningkatkan kemahiran digital mereka ,sejajar dengan Dasar Pendidikan Digital Malaysia. Melalui modul ini, anda akan mempelajari teknik-teknik, pendekatan inovatif, dan juga kaedah-kaedah untukmendapatkan pengiktirafan kompetensi digital anda.
Kursus ini memberi tumpuan kepada tiga aspek utama dalam Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Kompetensi Digital Pendidik: Pertama, pengiktirafan kompetensi digital, Kedua, penglibatan dalam komuniti digital pendidik, dan Ketiga, pencetus inovasi digital dalam pendidikan. Kursus ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan